Bahagian / Cawangan


Sekretariat Majlis Perancang Negeri (MPN)

Tarikh : 2024-03-05

Bertanggungjawab memproses pemohonan pembangunan interim dan pemohonan cadangan pindaan terhadap deraf skim perancang berdasarkan prosedur Quickfix dan diselaraskan mengikut peruntukan undang-undang seksyen 15 di dalam Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141). Sekretariat Majlis Perancang Negeri (MPN) berperanan sebagai urus setia bagi setiap mesyuarat MPN yang dijadualkan pada setiap bulan dan memastikan setiap mesyuarat akan berjalan dengan lancar

Baca Lagi

Bahagian Perancangan Fizikal

Tarikh : 2024-03-05

Menyediakan pelan pembangunan fizikal di Sabah dan bertanggungjawab dalam memastikan perancangan guna tanah adalah selaras dengan Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah CAP.141), Pelan Struktur Sabah 2033 (PSS2033), Deraf Skim Perancangan (Pelan Daerah dan Pelan Tempatan), Memorandum, Dasar-Dasar, Pekeliling dan garis panduan yang diterima pakai.

Baca Lagi

Bahagian Kawalan Pembangunan

Tarikh : 2024-03-05

Bertanggungjawab memberi nasihat teknikal kepada Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sabah dalam mengawal perancangan dan pembangunan tanah di Negeri Sabah ke arah pembangunan tanah yang teratur, mapan dan maju selaras dengan peruntukan Seksyen 28. Ordinan Perancang Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141).

Baca Lagi

Bahagian Khidmat Pengurusan & Integriti

Tarikh : 2024-03-05

Bahagian Khidmat Pengurusan terbahagi kepada dua (2) unit iaitu Unit Pentadbiran dan Unit Kewangan manakala Unit Integriti adalah unit khas yang diselia oleh Pengarah Jabatan. Unit Pentadbiran adalah di bawah seliaan Pegawai Tadbir dan dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir berfungsi sebagai urus setia dan penyelaras fungsi jabatan yang meliputi urusan-urusan kakitangan, hal-hal kewangan jabatan, penyimpanan fail dan maklumat serta pentadbiran jabatan.

Baca Lagi

Bahagian Penyelidikan dan Korporat

Tarikh : 2024-03-05

Unit Korporat adalah berfungsi meningkatkan kualiti perkhidmatan perancangan bandar secara berterusan yang dibangunkan dan meningkatkan kualiti Profesion Perancang Bandar melalui pembangunan kompetensi secara berterusan bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan yang berprestij. Manakala, Unit Penyelidikan Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah berfungsi untuk memastikan kualiti dan kecekapan perkhidmatan perancangan bandar dan wilayah bagi seluruh Wilayah Sabah melalui hasil penemuan dan rumusan kajian – kajian penyelidikan yang lengkap, inovatif, progresif, mampan dan saintifik.

Baca Lagi

Bahagian Maklumat Gunatanah dan ICT

Tarikh : 2024-03-05

Baca Lagi